Undian Suku Akhir Liga Juara Eropah 2014/2015
Undian Suku Akhir Liga Juara Eropah 2014/2015

Hari ini, Jumaat (20/3/2015) berlangsung undian suku akhir UEFA Champions League atau Liga Juara-Juara Eropah di Nyon, Swiss.

Lapan pasukan yang lolos ke suku akhir ialah Juventus, Real Madrid, Barcelona, AS Monaco, Bayern Munchen, Paris Saint Germain, FC Porto dan Atetico Madrid.

Barcelona memastikan tiket ke perempat final setelah mengalahkan Manchester City 1-0 pada aksi timbal balik kedua di Camp Nou pada Rabu (18/3). Barca menang secara keseluruhan agregat 3-1 atas Man City.

Juventus pula menyingkirkan Borussia Dortmund menerusi agregat 5-1. Menang 2-1 pada leg pertama dan membenam Dortund 3-0 pada leg kedua di Signal Iduna Park.

Paris Saint-Germain dan Atletico Madrid pula mengharungi perlawanan masa tambahan sebelum menyingkirkan lawan masing-masing

Bayern Munich muncul pasukan yang meraih kemenangan terbesar di pusingan 16.

Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara Eropah 2014-2015

  • PSG vs Barcelona
  • Atletico Madrid vs Real Madrid
  • FC Porto vs Bayern Munich
  • Juventus vs AS Monaco

Leave a Reply